Thursday 25 May 2017

0

Appreciation & Gratitude

MTE3012 KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

GROUP AW
-24/05/2017-


Special thanks to Sir Fadhiel Harfiez Abdul Muttalib for his endless effort to teach and guide us for these 14 weeks. We are blessed and grateful enough, Sir. 

May God bless you abundantly. ☺









P/s : Saya confirm menyesal kalau drop subject Sir ni dulu. HAHA~ Terima kasih Sir belanja makan. 


Wednesday 24 May 2017

0

Tugasan Akhir : Adobe Illustrator (Business Card)

"Tak terasa cepatnya waktu, tujuh purnama telah berlalu..."




Ehh!








Tak terasa yang 14 minggu berakhir dengan jayanya. Pejam celik pejam celik dah habis. Sedih!
Tugasan terakhir ni kami ditugaskan oleh Sir untuk membuat business card dengan menggunakan Adobe Illustrator. Apa tu? Haaaa! See, kita geng sebab sama tak pernah dengar dan tahu apa benda tu Adobe Illustrator. Sumpah senang dari Adobe Photoshop. ❤❤❤ HAHAHA~



Skrol bawah..








Lagi!









Lagi....










dan......











Jeng Jeng Jeng!


^ ^ ^
|  |  |

Inilah hasil kerja saya! 
(Lupa website apa tempat download template card ni. hmm)


Terima kasih Sir sebab banyak bantu saya yang banyak tanya ni. haha ☺✌

Sunday 7 May 2017

0

Tugasan 6 : Audacity


Hai semua!

Hari ini saya nak kongsikan sedikit hasil karya saya menggunakan audacity yang tidak seberapa dan masih baru meneroka. Banyak sangatla halangan dan dugaan saya semasa dalam proses menghasilkan tugasan ini apabila laptop saya ada masalah untuk merekod suara(suara pecah-pecah). Praise to the Lord ada insan mulia ni sudi nak tolong dan pinjamkan laptop beliau untuk saya siapkan tugasan ini. Terharu sangat-sangat! Terima kasih Najwa Shuhada

Maaflah kalau tak sedap. ✌

Wednesday 26 April 2017

0

Tugasan 5 : PowerPoint (Tabiat Makanan Haiwan)


Arahan Tugasan dari Sir Fadhiel

* * *

"Hai semua.. ingat lagi kan tutorial yg kita buat dlm kelas baru-baru ni? Kalau x ingat, sila buat aduan di balai polis berdekatan.. hahahah.. ok, tugasan 4 ni adalah tugasan berkumpulan.. 3 org/kumpulan.. you all kena buat satu tugasan powerpoint yg mempunyai:

1) 1 video refleksi (boleh gunakan video yg telah anda buat untuk tugasan movie maker)
2) video rakaman dari 3 org ahli mengenai subjek yg diajar (pilih 1 tajuk sahaja)
3) soalan pengukuhan bagi setiap video rakaman
4) ciri2 kreativiti yg tinggi..
5) aktif study, perlu ada aktif button untuk setiap slides

Sila post tugasan ini pada 28/4/17 di blog masing2..
Selamat bekerjasama, dan selamat membuat tugasan "





**********************************************************************************************************************************

Untuk tugasan keempat ni, kami buat kelainan dan memilih untuk menggunakan pendekatan yang berbeza dan mudah untuk difahami pelajar. 

Tajuk tugasan : TABIAT MAKANAN HAIWAN

Bahan-bahan yang digunakan:
❤ Kotak
❤ Besi payung
❤Pensil warna
❤ Mounting board
❤ Kertas warna
❤ Gambar haiwan/manusia

Tekan TABIAT MAKANAN HAIWAN  untuk melihat hasil tugasan kami.


Terima kasih! :)
😎😎
😎"

Wednesday 29 March 2017

0

Tugasan 4 : Movie Maker - English Vocabulary

Hai! Kita jumpa lagi kali ni untuk tugasan yang ke-5. 😊😊😊

Untuk tugasan ini, kami dikehendaki untuk membuat satu video berunsur pendidikan yang boleh digunakan dalam pembelajaran khas untuk pelajar sekolah rendah berdurasi tidak lebih daripada 3 minit sahaja. Masa mula-mula diberi tugasan ini, saya sangat keliru nak buat apa dan mana satu. Saya langsung tak ada idea. Dan disebabkan oleh Tuan Fadhil Harfiez, saya dapat satu idea untuk menggunakan kelebihan yang saya ada dan pendekatan dalam Bahasa Inggeris. Saya pilih tajuk "Vocabulary - Body."

Semasa proses penghasilan video ini, saya menghadapi masalah dimana laptop saya tidak ada software Movie maker dan nak install pun susah disebabkan saya menggunakan notebook. Itu adalah salah satu cabaran dan dugaan yang besar buat diri saya. Syukur kepada Tuhan, rakan sebilik saya mahu meminjamkan laptop beliau seketika untuk saya menyiapkan tugasan ini. Saya sangat-sangat berterima kasih. 

Baiklah, video ini mungkin tidak seberapa tapi saya cuba buat yang terbaik walaupun ada kekangan dalam proses penghasilan video tugasan 5 ini. 



Selamat menonton! 😉





Monday 20 March 2017

0

Tugasan 3 : Tutorial Excel



Hai, selamat petang dan apa khabar semuanya? 😊 Anda mesti tertanya-tanya atau pun tertunggu-tunggu, tutorial dan tugasan apa minggu ini kan? Hari ini kita akan pelajar cara penggunaan Excel khas untuk individu yang sangat memerlukan bantuan menggunakan software ini. Baiklah, ikuti arahan di bawah ya?


Menukar saiz lajur
  1. Buka Microsoft Excel dan isikan data yang anda perlukan.
  2. Untuk memudahkan anda adjust jarak table by table, ikuti langkah di bawah.

Okay, nampak tak ruang sempit kat atas tu untuk nama yang panjang? Kita nak bagi nama tersebut muat untuk kotak tu. Jadi, anda cuma perlu tekan kotak huruf tersebut(saya punya B) dan pastikan cursor anda berada di tengah-tengah kotak B dan C sehingga keluar tanda ↔, lepastu double-click.

Hasilnya, anda akan dapat macam di bawah. ⬇⬇⬇




Membuat jadual/table
  1. Tekan "Ctrl + A", lepastu cari symbol macam yang saya bulatkan dalam gambar bawah.
Jadi,maklumat yang anda simpan lepas anda buat arahan kat atas tu, dia akan jadi macam atas ni. Tadaaa ⬆😆


Membina /menambah helaian kerja tanpa kehilangan data.
  1. Tambah helaian baru dengan menekan simbol + di bawah.

Untuk yang ini tanpa perlu kita taip satu persatu atau gunakan teknik copy paste bagi mengelakkan anda mengemaskini maklumat tanpa mengambil masa yang lama, saya kongsikan cara ini.


Bila anda dah buka helaian baru dan buat macam kat atas ini, kita nak copy atau link kan dengan helaian sebelah, simpan = dalam kotak B2.


Lepastu kita pergi ke helaian pertama dan tekan nama pelajar paling atas. Dia akan keluar macam ni, kotak dotdotdot tu.


Tekan enter, jadi dia akan bertukar macam ni ke helaian yang baru tadi. Dragkan kotak tu ke bawah sehingga B26.


Dragkan kotak tu ke bawah sehingga B26. Dia akan jadi macam dalam gambar bawah ni. Senang kan? 😉



Cara gabungkan kotak jadi satu.



  1. Kita nak buat kotak macam nama pelajar tu dalam gambar rajah tu. Highlightkan kotak yang anda perlukan dan cari symbol macam yang saya bulatkan seperti dalam gambar atas. Pilih, "merge & center".




Membina Helaian Markah
  1. Tambah satu lagi helaian dengan menekan simbol + dekat bawah tepi nama helaian kerja.
  2. Anda key in maklumat macam biasa. Dan bila dah siap, ikuti langkat dibawah untuk cara pengiraan dan penggredan. 😊

Cara pengiraan markah total


Selepas anda key in semua markah dan anda nak kira total keseluruhan untuk seorang pelajar;
  1. Dekat kotak Jumlah, tekan simbol = , dan tekan setiap kotak markah untuk mencampurkan markah diikuti simbol (Shift +) kecuali kotak terakhir markah. Tekan Enter, anda dapat total markah pelajar. Ulang langkah tersebut untuk pelajar seterusnya.

Cara Mengisi Gred Markah


  1. Klik pada Gred, G2
  2. Cari Menu Bar,  dan Klik Formulas
  3. Klik Fx Insert Function atau Lookup & Reference, dan tekan
    select a category 
    Lookup & Reference
  4. Pada kotak select a function pilih VLOOKUP.
  5. Klik OK. Rujuk gambar di atas.


Bila anda dah ikut langkah di atas, table akan keluar macam gambar di bawah.


  1. Lookup-value - klik Jumlah F2 sebab anda nak gredkan markah tu.
  2. Table-array pula anda highlightkan skala markah macam saya conteng dalam gambar sebelah kanan tu, I3:J13. Untuk menetapkan bahawa kita merujuk kepada julat ini sahaja, hendaklah menambah simbol $ seperti berikut I$3:J$13

Selepas itu untuk kotak Col_index_num dan range lockup, ikuti langkah dalam gambar di bawah.


Tekan Ok bila anda dah siap isikan data. 



Siap! 😄


Cara kira total gred pelajar

Pertama sekali selepas anda buat kotak Gred seperti dalam gambar sudut kanan bawah, ikuti langkah ini:
  1. Dalam kotak J12 sebelah TH, tekan simbol =
  2. Cari Formulas dekat Menu bar dan pilih Insert Function
  3. Dalam table insert function, cari Statistik dekat Select a category
  4. Kotak Select a function - cari COUNTIF. bukan COUNTIFS ye?
  5. Tekan OK. Rujuk gambar di bawah.




  1. Untuk Range, anda highlightkan kotak gred dari nama yang paling atas hingga bawah. Dia akan keluar macam ni G2:G26. Jangan lupa bubuh simbol $ di antara huruf dan nombor.
  2. Criteria - anda boleh simpan gred yang anda mahukan. 




Anda akan dapat macam gambar atas ni. ⬆⬆ Tekan OK bila dah siap

Ulangi langkah yang sama. Range masih sama tapi criteria tu anda kena tukar ke ABCDFG etc. Faham?



Cara membuat graf
  1. Highligtkan total gred yang kita buat tadi.
  2. Cari Insert dan pilih graf bar macam gambar di bawah.
  3. Pilih Graf dan tekan.



Kita nak pindahkan graf ni ke helaian graf, jadi ikuti langkah di bawah(rujuk gambar).

1. Tekan graf tersebut, - right click dan pilih move chart. Akan keluar table macam bawah ni. ⬇⬇

  • Dekat object in tu pilih GRAF. Pastikan anda sudah tambahkan helaian graf ini terlebih dahulu. Tekan OK bila dah siap.





Untuk tukar Nama Graf, double-click graf tersebut.
Dekat Legend Entries (Select), tekan edit dan tukar nama graf anda. Lepastu tekan OK.



Okay, kita dapat dah tukar nama graf tadi. Dan sekarang kita nak tambahkan petunjuk Axis pula.

  1. Cari DESIGN dan pilih Add Chart Element.
  2. Pilih Axis Title


Bila anda tekan Axis Title tu, akan keluar ruang macam yang saya dah taip "Bilangan Pelajar" tu.



Kalau anda tak nak graf Graf anda tu nampak bosan, anda boleh pilih dan tukar sendiri. Cara ada kat gambar di bawah.


  1. Design
  2. Quick Layout or change colour.



Yayyy! Kita siap dah pun! 😌😌😌



Google Drive's Link (Contoh Saya punya)









Saturday 18 March 2017

0

Tugasan 2 : Teknik Mail Merge dalam Penyediaan Sijil


Hai! Kita jumpa lagi kali dalam tugasan penyedian sijil menggunakan teknik mail merge. Mesti ada di kalangan anda semua kat luar sana tu tak tahu tahu macam mana nak sediakan sijil banyak-banyak. takkan nak taip atau "copy paste" satu per satu kan? Jadi, terus ikuti saya. 😊



Ini dia tugasan yang saya cakap tu. Saya pun macam anda juga sebelum ni, tak lari dari "Alaa, rumitnya. Macam mana nak buat ni?" 😂😂😂 Okey, mari kita mula.





Pertama sekali, seperti biasalah. Buka Microsoft Word dan anda buat siap-siap sijil seperti yang anda nak. Macam kat atas ni ⬆⬆.



Yang ni kita nak masuk cara-cara guna mail merge. Yang anda simpan nama peserta banyak-banyak tu tanpa perlu taip satu per satu. Saya dah highlight kat dalam gambar tu.

 1 - Tekan kotak Mailing.
2 - Pilih kotak Start Mail Merge



Okey, lepas tu anda ikut yang saya highlight kat bawa tepi (kanan) gambar tu.




Bila anda dah sampai step 3, pilih ⚫ Type a new list dan ⚫ Create dekat table tepi sebelah kanan. Bila anda dah tekan dua benda kat atas, dia akan keluar table yang tengah macam dalam gambar.




Okey, yang ni dah sampai dah part kita nak bubuh nama peserta dan butiran yang kita perlukan untuk sijil. Dekat table tadi tu, anda tekan button macam yang saya highlightkan dalam gambar.

Jadi, dia akan jadi macam gambar kat bawah ni ⬇

Akan keluar banyak list bila anda tekan button "Customize column". Anda pilihlah berapa banyak details yang anda perlukan untuk simpan dalam sijil. Yang anda tak gunakan, anda boleh tekan button "Delete" ya? 


Saya perlukan dua sahaja iaitu Nama Pelajar dan Nombor Kad Pengenalan. Macam gambar kat bawah ni. ⬇

Macam mana nak tukar "First Name" dengan "Last Name" tu ke Nama Pelajar dan Nombor Kad Pengenalan? Okey, mudah sahaja, Anda pilih salah satu dan tekan button "Rename". Saya dah highlightkan dalam gambar untuk memudahkan kerja anda. Senang bukan? Jadi, bila siap dah anda tukar, jangan lupa tekan OK ya?


Bila anda tekan OK, dia akan keluar macam ni. ⬇

Tengok, kan dah bertukar apa yang saya edit tadi tu? 😁 Saya dah isi siap-siap dah nama peserta sekali IC. Anda ikutla sekali macam yang saya buat kat atas. Setakat ni boleh ikut saya tak? Kalau tak faham lagi, angkat tangan! ^^ Untuk tambahkan lagi butiran, tekan "New Entry" dan seterusnya "OK" macam gambar di atas. Ulangi langkah yang sama sehingga anda dapat yang anda perlukan. 

Bila anda tekan "New Entry" tu, dia akan keluar macam ni ya ⬇?

Jelas tak? Bila anda selesai "key-in" nama pelajar dan nombor kad pengenalan, tekan OK. 



Selesai sahaja anda edit butiran yang diperlukan, jangan lupa save data tu. Ingat, jangan lupa! 😉




Anda kena ikut tau langkah yang disediakan kat sudut tepi tu. Ada 6 langkah semuanya. Baiklah, bila anda sampai bahagian ni, anda dah siap dah simpan data untuk sijil tu. Untuk memudahkan anda print sijil nanti, highlightkan nama pelajar kat sijil tu macam gambar di atas dan tekan "More items" kat sebelah kanan warna kuning tu, haa. Pandai pun! 😗



Bila anda ikut arahan saya kat atas tu dengan betul, anda akan jumpa table macam saya punya kat atas ni. ⇈ Kalau nama, pilihlah nama dan nombor kad pengenalan, anda buatlah yang sedemikian. Ulangi langkah yang sama bila anda selesai. Kena buat satu-satu, jangan serentak. Nanti jadi lain pula ya?


Inilah hasilnya bila anda berjaya.

Ya, dia akan berubah macam dalam kotak atas ni. Nama dan nombor kad pengenalan tadi tu bertukar jadi butiran yang kita "rename" tadi. Ingat lagi tak? Bila dah jadi macam ni, anda nak sampai dah ke pengujung. 




Kita dapat preview sijil-sijil yang kita buat tu macam dalam gambar kat atas sebelum kita print. "Preview results".  Lain-lain windows, lain-lainlah keluar kat anda punya tu. Dah siap!!!



Saya turut lampirkan sekali yang saya buat kat sini. Tekan link bawah ni. 👇👇👇

🔵 MAIL MERGE


Yayyy! Anda berjaya. 👏 Mudah dan ringkas kan? kalau anda tak jelas juga, boleh tinggalkan komen kat ruang komen di bawah. 💖💖💖 Terima kasih sebab sudi membaca.