Monday, 20 March 2017

0

Tugasan 3 : Tutorial Excel



Hai, selamat petang dan apa khabar semuanya? 😊 Anda mesti tertanya-tanya atau pun tertunggu-tunggu, tutorial dan tugasan apa minggu ini kan? Hari ini kita akan pelajar cara penggunaan Excel khas untuk individu yang sangat memerlukan bantuan menggunakan software ini. Baiklah, ikuti arahan di bawah ya?


Menukar saiz lajur
  1. Buka Microsoft Excel dan isikan data yang anda perlukan.
  2. Untuk memudahkan anda adjust jarak table by table, ikuti langkah di bawah.

Okay, nampak tak ruang sempit kat atas tu untuk nama yang panjang? Kita nak bagi nama tersebut muat untuk kotak tu. Jadi, anda cuma perlu tekan kotak huruf tersebut(saya punya B) dan pastikan cursor anda berada di tengah-tengah kotak B dan C sehingga keluar tanda ↔, lepastu double-click.

Hasilnya, anda akan dapat macam di bawah. ⬇⬇⬇




Membuat jadual/table
  1. Tekan "Ctrl + A", lepastu cari symbol macam yang saya bulatkan dalam gambar bawah.
Jadi,maklumat yang anda simpan lepas anda buat arahan kat atas tu, dia akan jadi macam atas ni. Tadaaa ⬆😆


Membina /menambah helaian kerja tanpa kehilangan data.
  1. Tambah helaian baru dengan menekan simbol + di bawah.

Untuk yang ini tanpa perlu kita taip satu persatu atau gunakan teknik copy paste bagi mengelakkan anda mengemaskini maklumat tanpa mengambil masa yang lama, saya kongsikan cara ini.


Bila anda dah buka helaian baru dan buat macam kat atas ini, kita nak copy atau link kan dengan helaian sebelah, simpan = dalam kotak B2.


Lepastu kita pergi ke helaian pertama dan tekan nama pelajar paling atas. Dia akan keluar macam ni, kotak dotdotdot tu.


Tekan enter, jadi dia akan bertukar macam ni ke helaian yang baru tadi. Dragkan kotak tu ke bawah sehingga B26.


Dragkan kotak tu ke bawah sehingga B26. Dia akan jadi macam dalam gambar bawah ni. Senang kan? 😉



Cara gabungkan kotak jadi satu.



  1. Kita nak buat kotak macam nama pelajar tu dalam gambar rajah tu. Highlightkan kotak yang anda perlukan dan cari symbol macam yang saya bulatkan seperti dalam gambar atas. Pilih, "merge & center".




Membina Helaian Markah
  1. Tambah satu lagi helaian dengan menekan simbol + dekat bawah tepi nama helaian kerja.
  2. Anda key in maklumat macam biasa. Dan bila dah siap, ikuti langkat dibawah untuk cara pengiraan dan penggredan. 😊

Cara pengiraan markah total


Selepas anda key in semua markah dan anda nak kira total keseluruhan untuk seorang pelajar;
  1. Dekat kotak Jumlah, tekan simbol = , dan tekan setiap kotak markah untuk mencampurkan markah diikuti simbol (Shift +) kecuali kotak terakhir markah. Tekan Enter, anda dapat total markah pelajar. Ulang langkah tersebut untuk pelajar seterusnya.

Cara Mengisi Gred Markah


  1. Klik pada Gred, G2
  2. Cari Menu Bar,  dan Klik Formulas
  3. Klik Fx Insert Function atau Lookup & Reference, dan tekan
    select a category 
    Lookup & Reference
  4. Pada kotak select a function pilih VLOOKUP.
  5. Klik OK. Rujuk gambar di atas.


Bila anda dah ikut langkah di atas, table akan keluar macam gambar di bawah.


  1. Lookup-value - klik Jumlah F2 sebab anda nak gredkan markah tu.
  2. Table-array pula anda highlightkan skala markah macam saya conteng dalam gambar sebelah kanan tu, I3:J13. Untuk menetapkan bahawa kita merujuk kepada julat ini sahaja, hendaklah menambah simbol $ seperti berikut I$3:J$13

Selepas itu untuk kotak Col_index_num dan range lockup, ikuti langkah dalam gambar di bawah.


Tekan Ok bila anda dah siap isikan data. 



Siap! 😄


Cara kira total gred pelajar

Pertama sekali selepas anda buat kotak Gred seperti dalam gambar sudut kanan bawah, ikuti langkah ini:
  1. Dalam kotak J12 sebelah TH, tekan simbol =
  2. Cari Formulas dekat Menu bar dan pilih Insert Function
  3. Dalam table insert function, cari Statistik dekat Select a category
  4. Kotak Select a function - cari COUNTIF. bukan COUNTIFS ye?
  5. Tekan OK. Rujuk gambar di bawah.




  1. Untuk Range, anda highlightkan kotak gred dari nama yang paling atas hingga bawah. Dia akan keluar macam ni G2:G26. Jangan lupa bubuh simbol $ di antara huruf dan nombor.
  2. Criteria - anda boleh simpan gred yang anda mahukan. 




Anda akan dapat macam gambar atas ni. ⬆⬆ Tekan OK bila dah siap

Ulangi langkah yang sama. Range masih sama tapi criteria tu anda kena tukar ke ABCDFG etc. Faham?



Cara membuat graf
  1. Highligtkan total gred yang kita buat tadi.
  2. Cari Insert dan pilih graf bar macam gambar di bawah.
  3. Pilih Graf dan tekan.



Kita nak pindahkan graf ni ke helaian graf, jadi ikuti langkah di bawah(rujuk gambar).

1. Tekan graf tersebut, - right click dan pilih move chart. Akan keluar table macam bawah ni. ⬇⬇

  • Dekat object in tu pilih GRAF. Pastikan anda sudah tambahkan helaian graf ini terlebih dahulu. Tekan OK bila dah siap.





Untuk tukar Nama Graf, double-click graf tersebut.
Dekat Legend Entries (Select), tekan edit dan tukar nama graf anda. Lepastu tekan OK.



Okay, kita dapat dah tukar nama graf tadi. Dan sekarang kita nak tambahkan petunjuk Axis pula.

  1. Cari DESIGN dan pilih Add Chart Element.
  2. Pilih Axis Title


Bila anda tekan Axis Title tu, akan keluar ruang macam yang saya dah taip "Bilangan Pelajar" tu.



Kalau anda tak nak graf Graf anda tu nampak bosan, anda boleh pilih dan tukar sendiri. Cara ada kat gambar di bawah.


  1. Design
  2. Quick Layout or change colour.



Yayyy! Kita siap dah pun! 😌😌😌



Google Drive's Link (Contoh Saya punya)









0 comments:

Post a Comment